lover's reader



Written at Khamis, 25 Oktober 2012 [ 0 ]
Assalamualaikum WBT, Bissmilahirahmanirahim..
Apa khabar iman anda pada hari ini?
Alhamdulilah, syukur ya Allah atas nikmatMu.
Tiada kata lain untuk bersyukur padaMu selain mengucapkan Alhamdulilah.
Indahnya ciptaan Mu ya Allah, SubhanaAllah.
Sesungguhnya Engkau Maha Besar, AllahuAkhbar.
Saya percaya anda telah pun memuji Allah dengan membaca ayat diatas.
Alhamdulilah. 

Disini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam.

Sahabat yang dicintai, uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..